Pengusaha produk berasaskan makanan
adalah dituntut oleh undang-undang untuk melengkapi
pengendali-pengendali makanan yang bekerja dengan mereka dengan
pengawasan yang sewajarnya dan latihan dalam pengendalian makanan
selaras dengan jenis pekerjaan mereka dan memastikan mereka mampu
mengamalkan sistem keselamatan makanan.
Individu
yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengekalkan prosedur
pengurusan keselamatan makanan dalam perniagaan berasaskan makanan
haruslah menerima latihan yang secukupnya bagi membolehkan mereka
menjalankan tugas mereka.
Di Malaysia, adalah wajib bagi setiap
pengendali makanan untuk menghadiri kursus pengendalian makanan dan
mendapatkan suntikan typhoid selaras dengan AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988
yang apabila gagal mematuhi peraturan tersebut dan disabitkan kesalahan
individu tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 10,000 atau
penjara tidak melebihi 2 tahun.
Tarikh Kursus Pengendali Makanan - SLPM ASM Management adalah pada 19.12.2015 . Untuk keterangan lanjut , sila hubungi Ms.Rieyna di talian 010-7908061. Maksimum kepada 30 Orang terawal sahaja .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan