Tahap kebersihan premis makanan yang tidak memuaskan serta meningkatnya laporan kejadian keracunan makanan telah mendorong KKM untuk meningkatkan lagi latihan kepada pengendali makanan. Ini juga disokong dengan Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel 1998 pada bulan September 1998, di mana imej negara di mata dunia perlu dijaga.
Berdasarkan faktor dan beban kerja yang
ditanggung, latihan pengendali makanan telah diswastakan dan
dikendalikan secara lebih sistematik oleh tenaga pengajar yang
diiktiraf.
Kementerian Kesihatan telah melancarkan
latihan program pengendali makanan pada tahun 1996 dengan mengiktiraf
institut swasta bagi menjalankan kursus asas dalam aspek kebersihan dan
pengendalian makanan. Menerusi program ini modul latihan yang seragam
untuk semua pengusaha dan pengendali makanan telah diwujudkan. Sesi
latihan ini dikendalikan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM)
yang diiktiraf oleh KKM di seluruh negara.
Semua tenaga pengajar perlu lulus Ujian
Saringan dan menjalani Kursus Wajib Tenaga Pengajar sebelum layak
mendapat pengiktirafan KKM sebagai tenaga pengajar.
Permohonan Pengiktirafan Baru Sekolah
Latihan Pengendali Makanan (SLPM) dan Permohonan Kursus Tenaga Pengajar
perlu menggunakan borang khusus seperti yang ditetapkan dalam garis
panduan.Sumber : Disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan