Diatas faktor kesibukan , saya jarang update perkembangan SLPM kami. Oleh itu, saya tertarik untuk mengimbas kembali kenangan SLPM kami ketika berada di Kg.Kiau Nulu pada 5 Mac yang lalu. Seperti yang kita semua maklum, Kg.Kiau Nulu adalah salah satu daripada kampung yang terjejas akibat gempa bumi yang lalu.
Sebuah NGO telah bekerjasama dengan penduduk di kampung tersebut dan mengambil inisiatif untuk menghasilkan produk berasaskan tumbuhan NENAS. Nenas tersebut ditanam oleh mereka sendiri. Penduduk kampung telah diajar bagaimana membuat jem dan chutney. Buat masa ini, setelah produk tersebut dihasilkan , ia akan dipasarkan di kedai-kedai runcit berdekatan .
Semasa admin mereka memberikan serba sedikit visi dan misi mengenai pertubuhan mereka, saya tertarik apabila mereka mempunyai impian dimana mereka hendak mewujudkan bank mereka sendiri dimana orang-orang kampung boleh meminjam duit tanpa faedah. Bagi saya, itu adalah satu usaha yang sangat murni.
Semangat ingin belajar dan berjaya adalah suatu sifat yang perlu kita contohi. Walaupun mereka berlatarbelakangkan kurang berpendidikan tetapi mereka sanggup belajar bagaimana hendak mengendalikan makanan dengan betul. Langkah mengambil Kursus Pengendali Makanan adalah satu langkah yang bijak. Semua orang mampu mengendalikan makanan tetapi tidak semua tahu bagaimana mengendalikannya dengan bijak mengikut standard KKM.
Sebelum saya terlupa, mereka ini semua adalah WANITA. Jika lihat pada usia, hampir semua lewat 40-an tetapi semangat mereka mengalahkan orang muda. Tercabar saya yang masih muda ne (senyum kambing,haha).
Bagi saya, wajarlah untuk kita contohi penduduk kampung di Kiau Nulu ini. Jika anda nampak produk mereka berada dimana-mana, beli dan rasalah sendiri. Sekali rasa pasti nak lagi. Hehe (Macam iklan pulak) .
Rasanya cukup sampai disini sahaja coretan saya. Ada banyak lagi yang belum saya update seperti Kursus di HWA TAI SDN BHD, NANDO`S CHICKENLAND , KUMPULAN BTC dan sebagainya. Jika ada kesempatan, pasti saya update. So, stay tune dan terus follow blog ini.
Bagi yang ingin mengambil Kursus Pengendali Makanan , tarikh yang terdekat ialah pada 8 Mei 2016 . Sila whatsapp 010-7908061 terus . (Sempat lagi promosi hehe)
Berikut merupakan sedikit gambar yang sempat saya ambil ketika berada disana. Have fun!
![]() | ||||||
Semuanya sporting ! |
![]() | ||
Ini kalilah. Admin syok sendiri haha |
![]() |
View dari atas . Cantik kan? |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan