Kursus Kebersihan dan Keselamatan Makanan
Menurut Peraturan 30(1), Bab 1, Bahagian IV, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua pengendali makanan hendaklah menjalani latihan pengendali makanan dan mendapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada Sekolah Latihan Pengendali Makanan(SLPM) yang diiktiraf oleh Kenmenterian Kesihatan Malaysia.
Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-dua boleh dikenakan sekiranya disabitkan kesalahan.
Siapa yang perlu hadir kursus ini?
Semua pengendali makanan dikehendaki mengikuti kursus ini hanya SEKALI seumur hidup.
Pengendali makanan adalah sesiapa sahaja yang
- terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan,
- menyentuh makanan, atau permukaan yang menyentuh makanan
- mengendalikan makanan yang berbungkus atau tidak berbungkus atau perkakas di dalam mana-mana premis makanan.
Walaubagaimanapun, pengendali makanan perlu menghadiri kursus semula sekiranya:
- berlaku kejadian keracunan makanan di premis
- premis diarah untuk ditutup sementara kerana tidak sanitari (bersih)
Sijil penyertaan akan diberi kepada mereka yang mengikuti kursus selama tiga (3) jam, menjalani ujian penilaian dan menjelaskan bayaran penuh.
Untuk pendaftaran , sila hubungi Ms.Rieyna di 0107908061 . Tempat adalah terhad kepada 30 Orang sahaja bagi setiap sesi.
Kami juga menawarkan kursus secara in-house . Minimum peserta adalah 15 orang .
Sekian,
Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan